Monday 21 May 2012

HARI KEDUA

Assalamu'alaikum.

Ok, semalam baru sahaja buka blog ini.  Ini hari kedua.

Pengalaman pertama melibatkan diri dengan buat kuih, bermula semasa di rumah kampung di Ellis Road.  Pada masa itu, setiap Ramadhan, Mak Tok akan buat kuih tat, kuih makmur, kuih bangkit kacang dan beberapa jenis biskut yang lain.  Akhir sekali Mak Tok akan buat Baulu Lapis.  (Sekarang orang menamakannya sebagai Kek Lapis).

Oleh kerana kami ramai, maka tugas kami anak-cucu berbeza-beza.  Mak Tok akan adun tepung kuih tat, terap, kami yang pandai menyepit, akan menyepit.  Mula-mula tidak tahu, tetapi lama-kelamaan kerana sibuk hendak membantu, saya belajar juga.  Akhirnya, pandai.   Beribu-ribu keping.

Lepas kuih tat, kuih makmur, sama juga beribu-ribu keping.  Lepas tu kuih bangkit kacang. Yang ini senang sikit sebab sepitannya, tidak perlu halus, kasar-kasa dah ok.

Beberapa hari sebelum Hari Raya, kami akan bantu buat Baulu Lapis.  Oleh kerana Mak Tok gunakan cara tradisional, iatiu tidak masak di oven, tetapi menggunakan arang, maka, yang jaga bahagian arang, adalah abang-abang saya.  Saya bantu menggebuk telur (pukul terlur gunakan gebuk dan telur-telur itu diletak di dalam pasu yang besar).  Mak Tok sendiri yang akanu melapis-lapiskan baulu itu satu persatu.

Bila Baulu Lapis ini siap, rasanya manis dan enak.  Hai, tak jumpa lagi Baulu seperti ini.  Semuanya sudah kaedah moden, gunakan ketuhar elektrik.

Mak Ibong dan pula kan buat Kek Marble menggunakan ketuhar.  Seronok apabila hendak sambut lebaran.

Saya tidak lama tinggal di Ellis Road.  Cuma 9 tahun sahaja.  Pembangunan kawasan Orchard Road telah memaksa kami pindah ke Holland Avenue.

Semua keluarga terpisah.  Mak Ibong pindah ke Farrer Road. Cik Ah dan Mak Tok pindah ke Marine Terrace.

Semasa di Holland Avenue, saya mula membantu ibu.  Saya bersama kakak, Lila, pada masa itu kami bersekolah petang, bantu ibu adun kuih tat, kuih makmur dan sebagainya, sementara ibu memasak.

Perlahan-lahan apabila ibu telah yakin, ibu izinkan kami bantu untuk adun kek marble.  Tetapi resipi ibu, kurang meyakinkan.  Saya masih ingat lagi, 9 0z tepung, 9 biji telur, 9 oz gula, 9 oz butter.

Bertahun-tahun saya gunakan resipi ini.  Agak sukar, sebab Mak Ibong pula gunakan sukatan tin mentega cap tong, sebagai ukuran,  Dan kek dia ok lah sejauh ini.

Sehinggalah saya berkenalan dengan Kak Patilah, beliau telah berikan saya resepi kek marble.  Nak tau, resipinya, tunggu perisian saya seterusnya ya?

Wassalam.  :)