Friday 25 May 2012

KEK MARBLE KEK PATILLAH

Assalamu'alaikum


Selamat pagi dan selamat menyambut hari Jumaat.  Sempena dengan hari yang penuh barakah ini saya akan berkongsi resipi Kek Marble Kak Patillah yang saya sebut-sebut sebelum ini.  


KEK MARBLE KAK PATILLAH


BAHAN-BAHANNYA


5 biji telur ayam. (Beli kualiti yang baik. Kalau boleh yang besaiz besar.  Bila memukulnya nanti tidak ada masalah.)


300 gm gula kaster (Jangan gunakan gula pasir biasa, nanti susah nak larut dan kek jadi terlalu basah dan tidak naik dengan cantik)

250 gm butter (Saya gunakan Anchor Butter (Salted). Rasanya lebih enak. Cuma harganya agak mahal sedikit. Mungkin jika gunakan butter lain, rasanya tidak akan sama dengan kek saya)

160 gm tepung gandum 

1 sudu makan koko (Saya pernah gunakan jenama HERSHEY'S. Walau pun jenama Hershey's mahal, tetapi Hadi dan Syamil kata kek yang saya buat dengan gunakan koko jenama Lee Bee Eterprise Co. lebih sedap. Saya pun setuju. Kerana apabila dah jadi, keknya lebih nampak cokelat dan rasanya pun enak. Boleh dibeli di Blk 507 Jurong West St 52 #01-152/154 - kedai ini memang menjual barang-barang untuk buat kuih)

2 sudu makan susu pekat

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh vanilla. 


Cara-Cara Membuatnya.


1.    Siapkan tin pembakar. Saya gunakan disposable aluminium foil cake tin. Bubuh kertas kecil di bahagian bawah agar senang keluarkan kek setelah masak nanti.

2.   Di dalam sebuah mangkuk kaca, masukkan butter, susu pekat dan vanilla ke dalam dan kacau hinggal butter jadi lembut dan keputih-putihan.

3.  Setelah itu pisahkan putih daripada kuning telur. Pukul putih telur dahulu dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Setelah pekat dan kembang masukkan kuning satu persatu. Hinggalah kembang dan pekat.

4.  Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.

5.  Masukkan tepung, baking powder dan koko sedikit-sedikit. Kacau hingga rata.

6.  Bahagi dua adunan ini.  Satu bahagian ayakkan koko dan kacau hingga rata.

7.   Masukkan satu senduk bahagian yang putih ke dalam tin pembakar.  Kemudian bahagian yang koko.  Diselang-selikan hingga selesai.  Pastikan yang paling atas adalah bahagian yang putih.

6.  Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 30 hingga 40 minit, kepanasan
ketuhar 180 darjah.  Saya pernah baca di dalam akhbar, semasa hendak membakar kek, pastikan ketuhar panas.  Setelah 15 minit turunkan kepanasan sedikit untuk pastikan kek masak keseluruhannya.

Ini adalah cara yang saya gunakan dengan menggunakan ketuhar konvensional berjenama Ariston. Mungkin ketuhar anda berbeza sedikit.

Walau apa pun, selamat mencuba dan semoga berjaya.

Wassalam.

(Jika ada apa-apa pertanyaa atau hendak berhubung dengan saya bolehlah e-mel ke ketuharku@hotmaiI.com)