Saturday 26 May 2012

TELUR MAPROM

Assalamu'alaikum.


Ah, kali ini saya ingin berkongsi satu lagi resipi keluarga.

Jika dilihat, namanya agak pelikkan?  Jangan tanya saya apa makna maprom.  Saya sendiri tidak tahu.  Tetapi itulah nama yang arwah ibu sebut, Cik Nom, dan juga makcik-makcik yang lain.

Hidangan ini, sesuai sangat dihidangkan semasa bulan Ramadhan.  Juadah berbuka puasa.  Mungkin, roti dan telur enak dimakan waktu berbuka.  Atau mungkin, lembutnya roti ini, membuatkan kami sekeluarga gemar hidangan ini.

Ada kalanya, arwah ibu hidangkan juga di waktu pagi Ahad.  Tetapi itulah, ianya hanya enak dimakan waktu panas.  Jika sudah sejuk, tidak enak.  Dan tidak sesuai hendak dipanaskan lagi.  

Apa pun, di bawah ini, saya kongsikan resipi Roti Telur Maprom.  

Bahan-bahannya:

1 batang roti perancis (dipotong dadu)

2 labu bawang besar (dipotong dadu)

5 bijir telur (yang besar - jika suka boleh tambah telurnya)

sedikit lada sula

sedikit garam

minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak

2. Masukkan bawang dan goreng hingga layu

3. Masukkan telur ke dalam mankuk. Pukul bersama garam dan lada sula hingga sebati.

4. Masukkan telur ke dalam kuali dan terus matikan api.

5. Dengan segera masukkan roti perancis dan gaulkan dengan cepat hingga semua roti dapat
disaluti dengan telur.

6. Hidupkan api semula dan pastikan telur tersalut pada roti itu betul-betul masak.

7. Setelah itu, matikan api dan tutup kuali tersebut. Roti ini akan diwapkan dan akan menjadi
lembut. Biarkan selama 10 minit.

8. Selepas itu bolehlah dihidangkan.


(Rakan saya, Mdm Natasha,  pernah meminta resipi ini. Beliau telah menambah bahan, iaitu, daging kisar. Para pembaca boleh mencubanya jika mahu)

Selamat Mencuba!!!

Wassalam.